Pages

Subscribe:

Labels

Isnin, 21 November 2011

7.2 PELBAGAI KAEDAH MEMBINA PENGORAKAN

7.2.1   Cara garisan selari

Untuk pengetahuan anda kaedah ini hanya dapat digunakan bagi objek yang mempunyai bentuk keratan rentas yang sekata bagi keseluruhan panjangnya seperti prisma dan selinder. Garisan yang selari degan paksi objek akan dilukis pada gambarajah hamparan muka secara terus kerana ia masih lagi dalam panjang sebenar.Apabila objek itu adalah sebuah prisma (Rajah 7.2(a) – Rajah 7.2(h) ) penjuru prisma itu boleh dijadikan sebagai garisan permukaan. Tetapi, jika objek itu adalah sebuah selinder (Rajah 7.3 (a) – Rajah 7.3(e)) , garisan permukaan didapati dengan membahagikan lilitan bulatan selinder itu kepada 12 bahagian.

7.1 KONSEP ASAS PENGORAKAN

Konsep asas pengorakan ini boleh kita fahami dengan jelas jika kita mengambil satu kotak pembungkusan yang diperbuat daripada kertas seperti pada rajah 7.1(a)   dan kemudiannya dibuka mengikut bahagian yang dilekatkan. Setelah membukanya dari satu bahagian ke bahagian melekat yang lain, didapati permukaan-permukaan kotak tersebut masih bercantum di antara satu dengan yang lain seperti pada rajah (b). Apabila rangkaian permukaan-permukaan kotak itu dibentangkan mendatar secara hamparan, didapati ia merupakan sekeping kertas rata yang dipotong mengikut coraknya seperti pada rajah (c) serta dilipat bahagian-bahagiannya supaya boleh dibentuk menjadikan kotak yang dikehendaki.

UNIT 7 : PENGORAKAN / HAMPARAN MUKA


7.0       PENGENALAN

Ia adalah satu istilah yang digunakan dalam kerja kepingan logam yang berkaitan dengan kerja-kerja menghampar satu bentuk yang telah sempurna hingga ia menjadi kepingan biasa. Terdapat tiga cara penghamparan yang perlu diketahui oleh anda yang mengikuti unit ini, iaitu cara selari, cara jejari dan cara penigasegian. Walaubagaimana pun pemilihan cara-cara ini bergantung kepada bentuk benda kerja yang hendak dihamparkan.

6.4 DIMENSI PIAWAI PADA LUKISAN ISOMETRIK

Prinsip asas yang digunakan untuk mendimensi unjuran ortografik digunakan juga untuk mendimensi lukisan isometrik. Terdapat dua sistem pendimensian lukisan isometrik, iaitu sistem terjajar dan sistem ekaarah. Namun demikian terdapat beberapa perbezaan antara pendimensian lukisan isometrik dengan pendimensian lukisan ortografik. Perbezaan ini adalah seperti berikut :

6.3 MELUKIS PANDANGAN ISOMETRIK BERPANDUKAN TITIK TERENDAH DAN ARAH ANAK PANAH PADA UNJURAN ORTOGRAFIK

6.3.1   Pengenalan

Pandangan isometrik adalah satu cara bagi menghasilkan pandangan objek dengan lebih jelas. Dalam lukisan kejuruteraan, hampir semua lukisan dilukis dalam unjuran ortografik dalam membantu melukis objek sebenar dalam pandangan isometrik. Bagi lukisan pandangan isometrik, satu pandangan memperlihatkan ketiga-tiga bahagian objek itu. Rajah 6. menunjukkan garis paksi isometrik. Paksi-paksi ini adalah asas dalam pembinaan pandangan isometrik. Rajah 6.9 di bawah pula menunjukkan kaedah melukis paksi isometrik.

6.2 KENALPASTI PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA UNJURAN ORTOGRAFIK DENGAN PANDANGAN ISOMETRIK.

Di dalam lukisan kejuruteraan, unjuran ortografik dan pandangan isometrik adalah sangat memerlukan di antara satu dengan yang lain. Dengan itu, terdapat persamaan dan perbezaan di antara keduanya.

6.2.1   Persamaan di antara unjuran ortografik dengan 
            pandangan isometrik.

Di antara persamaannya ialah unjuran ortografik mempunyai 
tiga pandangan iaitu pelan, hadapan dan sisi. Rajah 
6.4 menunjukkan tiga pandangan dalam unjuran ortografik.

6.1 HUBUNGKAIT LUKISAN ORTOGRAFIK DENGAN BENTUK OBJEK DALAM TIGA DIMENSI.

Lukisan ortografik adalah membantu untuk melukis pandangan isometrik supaya sesuatu objek sebenar dapat dilihat dan difahami dengan lebih mudah lagi. Dengan bantuan lukisan ortografik yang terdiri daripada pandangan pelan, hadapan dan sisi pandangan isometrik dengan mudah dapat digambarkan dan dilukiskan. Dalam rajah 6.3 menunjukkan lukisan ortografik dengan bentuk dalam tiga dimensi. Semua contoh rajah dalam unit ini adalah unjuran sudut ketiga, kecuali jika dimaklumkan.

UNIT 6 : PANDANGAN ISOMETRIK

6.0       PENGENALAN

Lukisan pandangan isometrik bolehlah dianggapkan sebagai lukisan tiga dimensi. Ianya membantu untuk lebih memahami sesuatu rekabentuk objek dengan mudah. Pada pandangan – pandangan yang lain, biasanya objek dilukis dalam bentuk lukisan oblik, ortografik atau perspektif.
Bagi pandangan isometrik, objek dipegang condong pada suatu sudut. Dalam rajah 6.1 menunjukkan jenis – jenis pandangan sesuatu objek dalam lukisan kejuruteraan.

5.4 DIMENSI PIAWAI PADA UNJURAN TAMBAHAN

5.4       DIMENSI PIAWAI PADA UNJURAN TAMBAHAN

Dimensi piawai pada unjuran tambahan berbeza mengikut 
jenis pandangan tambahan.

5.3 JENIS-JENIS PANDANGAN DALAM UNJURAN TAMBAHAN

5.3.1   Unjuran tambahan pelan

Juga dikenali sebagai pandangan tambahan tinggi. Semua pandangan yang diunjurkan dari pandangan pelan seperti dalam Rajah 5.4a disebut sebagai unjuran tambahan pelan. Rajah 5.4a menunjukkan pandangan tambahan tinggi. Rajah5.4b menunjukkan kedudukan satah-satah tambahan. Unjuran tambahan pelan dibentangkan mendatar dan anak–anak panah A adalah arah pandangan. Rajah 5.4c Gambarajah ojek disusun dalam susunan unjuran ortografik, arah pandagan dilihat dari arah X dan ukuran tinggi adalah prinsip utama dimensi.

5.2 KAITAN UNJURAN TAMBAHAN DENGAN UNJURAN ORTOGRAFIK

Dalam ujuran tambahan, kita memerlukan dua daripada pandangan objek dalam unjuran ortografik untuk menggambarkan bentuk objek dan untuk memudahkan kita mendimensikan pandangan tambahan yang kita buat. Jadi penguasaan anda dalam unjuran ortografik(unit 4) amatlah diperlukan. Dalam unjuran ortografik, kita dapat melukis tiga pandangan, iaitu pandangan atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi.

5.1 KONSEP ASAS UNJURAN TAMBAHAN



Rajah-rajah 5.1a, 5.1b dan 5.1c menunjukkan tiga blok segiempat tepat yang berlainan dengan permukaan terpotong. Permukaan itu(dihitamkan) dipotong pada sudut-sudut berlainan. Permukaan pada Rajah 5.1a dipotong secara menegak. Permukaan terpotong itu serenjang kepada muka atas blok dan condong pada satu sudut kepada muka hadapan dan muka sisi blok. Permukaan terpotong pada Rajah 5.1b dilakukan di mana ia berserenjang kepada muka hadapan dan condong kepada muka atas dan muka sisi blok.