Pages

Subscribe:

Labels

Ahad, 20 November 2011

1.3 PIAWAIAN AM DALAM LUKISAN KEJURUTERAAN

1.3.1   Kertas lukisan.

Kertas lukisan digunakan untuk membuat sesuatu lukisan yang dilukis menggunakan pensel. Biasanya ukuran piawai ANSI ( American National Standard Institute ) bagi kertas lukisan ialah seperti berikut:

A. 8.5” x 11”               A. 9” x 12”
B. 11” x 17”                B. 12” x 15”
C. 17” x 22”                C. 18” x 24”
D. 22” x 34”                D. 24” x 36”
E. 34” x 44”                E. 36” x 48”



1.3.2   Petak Tajuk.

Petak tajuk ialah ruangan khas yang disediakan pada setiap kertas lukisan untuk memberikan keterangan tentang sesuatu lukisan yang dilukis pada kertas lukisan itu seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.14.

Rajah 1.14 Ruangan khas di atas kertas lukisan


1.3.3   Skala

Skala menolong kita memperkecilkan sesuatu objek yang besar atau memperbesarkan sesuatu objek yang kecil bersesuaian dengan kertas lukisan semasa melukis. Berikut adalah kadar skala mengikut piawai BS ( British Standard):

Saiz penuh : 1 : 1 Dikecilkan dari saiz penuh:

1 : 2 1 : 20 1 : 200
1 : 5 1 : 50 1 : 500
1 : 10 1 : 100 1 : 1000

Dibesarkan dari saiz penuh :

2 : 1 20 : 1 200 : 1
5 : 1 50 : 1 500 : 1
10 : 1 100 : 1 1000 : 1


1.3.4   Penghurufan dan Nombor

Terdapat dua kaedah yang digunakan dalam membuat huruf dan nombor iaitu kaedah menegak dan kaedah condong. Rajah 1.15 menunjukkan cara pergerakan pensel semasa menghuruf dalam kaedah tegak dan Rajah 1.16 menunjukkan cara pergerakan pensel semasa menghuruf dalam keadaan condong.


Rajah 1.15 Menghuruf dalam kaedah menegak




Rajah 1.16 Menghuruf dengan kaedah condong



1.3.5   Penjarakan

Apabila menulis sesuatu perkataan, hendaklah dijarakkan bukan sahaja di antara huruf – huruf , tetapi juga perkataan itu sendiri. Ini adalah bagi mengelakkan berlakunya campuran perkataan yang menyukarkan pembaca membacanya. Rajah 1.17 menunjukkan penjarakan yang sesuai digunakan dalam lukisan kejuruteraan.



Rajah 1.17 Penjarakan perkataan dalam lukisan kejuruteraan


1.3.6   Mendimensi

Dimensi merupakan ukuran bagi sesuatu bentuk yang biasanya diukur dalam unit imperial dan metrik. Dalam unit metrik lazimnya ukuran millimeter, sentimeter dan meter yang digunakan. Dalam unit imperial pula menggunakan ukuran inci , kaki, ela dan pecahan inci. Segala maklumat ukuran disampaikan melalui sistem bentuk garisan, simbol – simbol tertentu, angka dan juga angka pecahan. Garisan dimensi ditempatkan di luar garisan penuh dalam keadaan selari dengan jaraknya lebih kurang 10 mm. Jika garisan dimensi lebih dari satu, maka jarak diantaranya lebih kurang 6 mm bagi membolehkan ruang yang mencukupi untuk menempatkan angka. Di bahagian hujung setiap garisan dimensi dilukis anak panah dan hendaklah menyentuh garisan unjuran seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.18.


Rajah 1.18 Kaedah pendimensian anak panah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan