Pages

Subscribe:

Labels

Ahad, 20 November 2011

1.4 GARISAN

Dalam lukisan kejuruteraan, garisan mempunyai fungsi yang tersendiri. Setiap garisan mempunyai tiga perkara penting iaitu:
i. Bentuk garisan
ii. Tebal/hitam garisan
iii. Kegunaan garisan
Terdapat 10 jenis garisan yang digunakan dalam lukisan kejuruteraan.




1.4.1 Garisan objek

Garisan ini digunakan untuk menunjukkan bahagian pinggir objek yang kelihatan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.19.



Rajah 1.19 Garisan bahagian pinggir objek


1.4.2   Garisan terlindung

Garisan ini digunakan untuk menunjukkan bahagian pinggir yang terlindung seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.20.



Rajah 1.20 Garisan bahagian pinggir yang terlindung


1.4.3 Garisan keratan

Garisan ini digunakan untuk menunjukkan permukaan yang dipotong oleh satah pemotong seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.21.


Rajah 1.21 Garisan permukaan yang dipotong

1.4.4   Garisan tengah

Garisan ini digunakan untuk menunjukkan kedudukan paksi simetri keseluruhan objek, paksi lubang dan pusat bulatan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.22.


Rajah 1.22 Garisan kedudukan paksi simetri



1.4.5   Garisan dimensi dan garisan tambahan

Garisan ini digunakan untuk menunjukkan permulaan dan penghujung sesuatu jarak seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.22.


1.4.6   Garisan satah pemotongan

Garisan ini menunjukkan kedudukan satah pemotongan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.23.



Rajah 1.23 Garisan kedudukan satah pemotongan


1.4.7   Garisan pecah pendek

Garisan ini digunakan untuk menandakan bahagian objek yang dipecahkan. Garisan ini dilakukan untuk menunjukkan butiran dalam sesuatu objek seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.24.



Rajah 1.24 Garisan bahagian objek yang dipecahkan


1.4.8   Garisan pecah panjang

Garisan ini digunakan untuk memberi maklumat bahawa bahagian objek yang dilukis adalah sebahagian daripada objek yang lebih besar seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.25.


Rajah 1.25  Garisan objek yang dilukis adalah sebahagian daripada objek yang   
                                    besar


1.4.9   Garisan fantom

Garisan ini digunakan untuk menunjukkan kedudukan alternatif bagi komponen yang sama seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.26.



Rajah 1.26 Garisan kedudukan alternatif bagi komponen yang sama


1.4.10 Garisan binaan, garisan unjuran dan garisan panduan

Garisan ini ialah garisan permulaan yang digunakan oleh pelukis untuk menghasilkan lukisan yang dikehendaki. Garisan ini bukan sebahagian penting lukisan akhir dan dilukis dengan pensel sahaja. Garisan unjuran dan garisan panduan adalah contoh garisan binaan. Garisan binaan menggunakan pensel jenis 2H dengan ketebalan garisan 0.2 mm.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan