Pages

Subscribe:

Labels

Isnin, 21 November 2011

5.1 KONSEP ASAS UNJURAN TAMBAHAN



Rajah-rajah 5.1a, 5.1b dan 5.1c menunjukkan tiga blok segiempat tepat yang berlainan dengan permukaan terpotong. Permukaan itu(dihitamkan) dipotong pada sudut-sudut berlainan. Permukaan pada Rajah 5.1a dipotong secara menegak. Permukaan terpotong itu serenjang kepada muka atas blok dan condong pada satu sudut kepada muka hadapan dan muka sisi blok. Permukaan terpotong pada Rajah 5.1b dilakukan di mana ia berserenjang kepada muka hadapan dan condong kepada muka atas dan muka sisi blok. Permukaan terpotong pada Rajah 5.1c adalah condong kepada kesemua tiga muka (atas, hadapan dan sisi). Permukaan condong ialah permukaan yang serenjang kepada satu satah unjuran utama dan condong kepada kedua satah utama yang lain. Kedua objek pada Rajah 5.1a dan 5.1b mempunyai permukaan condong. Permukaan serong ialah permukaan yang condong kepada kesemua tiga satah unjuran utama. Objek pada Rajah 5.1c mempunyai permukaan serong. Pandangan atas, hadapan dan sisi ketiga objek di atas diunjurkan ke atas satah unjuran masing masing pada Rajah 5.1a , 5.1b dan 5.1c. Unjuran ortografik sudut ketiga telah digunakan. Unjuran-unjuran permukaan condong pada satah utama mempunyai pandangan utama yang ditunjuk secara pinggir. Sebagai contoh, pandang atas objek pada Rajah 5.1a menunjukkan pinggir permukaan condong itu. Begitu juga, pandangan hadapan objek pada Rajah 5.1b menunjukkan pinggir permukaan condong itu. Pandangan yang lain dalam setiap kes itu menunjukkan permukaan condong tetapi bukan bentuk sebenar. Permukaan terunjur kelihatan terherot. Tiada satu pun daripada tiga satah unjuran utama pada Rajah 5.1c menunjukkan pinggir parmukaan serong. Kesemua pandangan utama menunjukkan sesuatu bentuk tetapi tidak menggambarkan bentuk permukaan sebenar permukaan. Bentuk sebenar permukaan hanya boleh dilihat dengan mengunjur kepada satah tambahan. Satah unjuran serong ini selari kepada permukaan serong terpotong.


                                                      













                  Rajah5.1b

                                                               

 
                  

                     Rajah 5.1a



Rajah5.1a   ; Blok segiempat tepat dengan permukaan tegak dipotong
Rajah 5.1b  ; Blok segiempat tepat dengan permukaan condong di potong

                                                          

                                                            

Rajah 5.1c Blok segiempat tepat degan permukaan serong dipotong

Tiada ulasan:

Catat Ulasan