Dalam ujuran tambahan, kita memerlukan dua daripada pandangan objek dalam unjuran ortografik untuk menggambarkan bentuk objek dan untuk memudahkan kita mendimensikan pandangan tambahan yang kita buat. Jadi penguasaan anda dalam unjuran ortografik(unit 4) amatlah diperlukan. Dalam unjuran ortografik, kita dapat melukis tiga pandangan, iaitu pandangan atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi. Dalam lukisan kejuruteraan ada kalanya kita dikehendaki melukis selain daripada tiga pandangan yang disebutkkan itu. Ini adalah untuk menjelaskan sesuatu bahagian dalam lukisan tersebut dengan cara melukis unjuran tambahan berdasarkan unjuran ortografik yang diberi, seperti dalam Rajah 5.2a. Seperti dalam unjuran ortografik, unjuran tambahan juga terdapat dalam pandangan sudut pertama dan pandangan sudut ketiga. Rajah 5.2b dan 5.2c menunjukkan perbezaan di antara unjuran sudut pertama dan unjuran sudut ketiga. Prinsip mengunjur pandangan hadapan dan atas adalah sama untuk kedua-dua unjuran. Perbezaannya adalah pada kedudukannya sahaja.
Rajah 5.2a Unjuran Tambanahan Berdasarkan Unjuran Ortografik yang diberi
Unjuran tambahan bagi pandangan pelan
Unjuran tambahan bagi pandangan hadapan
Rajah 5.2b Unjuran tambahan dalam sudut pertama
Unjuran tambahan bagi pandangan pelan
Unjuran tambahan bagi pandangan hadapan
Rajah 5.2c Unjuran tambahan dalam sudut ketiga
Cara menentukan satah tambahan
Terdapat dua cara untuk menentukan satah tambahan iaitu
a) Cara penunjuk
b) Cara sudut antara garis XY dan X 1 Y 1
Rajah 5.3a(i) dan Rajah 5.3a(ii) telah diunjur dalam unujran sudut
pertama. Rajah 5.3b(i) dan 5.3b(ii) telah diunjurkan dalam unjuran sudut
ketiga. Rajah-rajah ini menunjukkan perbezaan kedudukan dalam setiap
unjuran.
Rajah 5.3a Cara penunjuk
Rajah 5.3b Cara sudut antara XY dan X 1 Y 1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan