Pages

Subscribe:

Labels

Ahad, 20 November 2011

4.3 JENIS-JENIS UNJURAN ORTOGRAFIK.

Anda telahpun membina pandangan pelan, pandangan hadapan 
dan pandangan sisi. Pembelajaran kita seterusnya ialah 
menyentuh tentang jenis – jenis unjuran ortografik. Unjuran ortografik 
boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

i.              Unjuran sudut pertama
ii.      Unjuran sudut ketiga


4.3.1   Unjuran sudut pertama.

Unjuran ini merupakan unjuran yang terawal dan tertua 
digunakan dalam lukisan kejuruteraan. Lukisan dalam sudut 
unjuran ini dianggap sebagai unjuran piawai tradisi 
British dan Eropah untuk kegunaan para arkitek dan 
jurutera. Satah – satah utama yang terdapat dalam sudut ini 
mempunyai namanya yang tersendiri, sesuai dengan peranannya.
Kesemua satah ini bertemu antara satu dengan lain pada 
sudut tepat. Rajah 4.12 menunjukkan contoh lukisan 
bergambar bagi sebuah objek padu. Jika objek ini dilihat d
ari anak panah A, pandangan yang diperolehi ialah pandangan 
hadapan. Bentuk bahagian objek yang kelihatan dari 
pandangan ini diunjurkan kebelakang sehingga mengenai 
satah menegak hadapan sebagaimana yang ditunjukkan oleh 
anak panah kecil.


Rajah 4.12 Lukisan bergambar bagi sebuah objek padu


Pelan bagi objek ini pula diperolehi apabila objek itu dilihat 
dari atas seperti yang ditunjukkan oleh anak panah B. 
Bahagian – bahagian yang kelihatan dari pandangan 
ini akan diunjurkan menegak ke bawah objek sehingga 
mencecah satah mengufuk sepertimana yang ditunjukkan oleh 
anak panah kecil. Pandangan sisi objek ini diambil dari arah 
C ( sebelah kiri objek ). Bentuk objek yang kelihatan dari 
pandangan ini akan diunjurkan kesebelah kanan objek sehingga 
mengenai satah menegak sisi. Untuk menjadikan lukisan ini 
sebuah lukisan ortografik, kesemua pandangan tadi akan 
dibentangkan menjadi satu rataan sahaja. Rajah 4.13 
menunjukkan kedudukan satah yang telah dibuka dan berada 
dalam sudut pertama. Maka lukisan ini dinamakan lukisan  
ortografik sudut pertama. Setiap gambar rajah hendaklah 
diberi tajuk agar pembaca tidak keliru.


Rajah 4.13 Kedudukan satah dalam sudut pertama


4.3.2   Unjuran sudut ketiga.

Unjuran sudut ketiga kadang kala dikenali juga sebagai 
unjuran Amerika. Kini penggunannya telah meluas di serata 
dunia. Dalam lukisan unjuran sudut ketiga, objek yang 
hendak dilukis berada dalam satah sudut ketiga. Satah – satah 
yang berada dalam sudut ini dibayangkan seolah – olah 
diperbuat daripada bahan lutcahaya untuk membolehkan 
objek itu dilihat menembusi satah – satah utamanya dari arah 
anak panah A, B dan C. Ketiga –tiga arah pandangan bagi 
objek ini akan diunjurkan ke hadapan objek sehingga mengenai 
dinding satahnya seperti yang ditunjukkan oleh anak panah kecil, 
seperti dalam rajah 4.14.


Rajah 4.14 Tiga pandangan dalam unjuran sudut ketiga


Apabila lipatan pada satah setiap pandangan itu dibuka dan 
dibentangkan menjadi satu rataan sahaja, lukisan ortografik 
sudut ketiga akan terhasil,seperti dalam rajah 4.15.



Rajah 4.15 Unjuran sudut ketiga yang dibentangkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan