Pages

Subscribe:

Labels

Isnin, 21 November 2011

6.2 KENALPASTI PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA UNJURAN ORTOGRAFIK DENGAN PANDANGAN ISOMETRIK.

Di dalam lukisan kejuruteraan, unjuran ortografik dan pandangan isometrik adalah sangat memerlukan di antara satu dengan yang lain. Dengan itu, terdapat persamaan dan perbezaan di antara keduanya.

6.2.1   Persamaan di antara unjuran ortografik dengan 
            pandangan isometrik.

Di antara persamaannya ialah unjuran ortografik mempunyai 
tiga pandangan iaitu pelan, hadapan dan sisi. Rajah 
6.4 menunjukkan tiga pandangan dalam unjuran ortografik.




Rajah 6.4 Unjuran Ortografik mempunyai tiga pandangan



Dalam pandangan isometrik juga mempunyai tiga 
pandangan iaitu pandangan pelan, hadapan dan sisi. 
Rajah 6.5 di bawah menunjukkan pandangan isometrik 
yang dapat dilihat dari arah tiga pandangan.



Rajah 6.5 Pandangan Isometrik dari arah tiga pandangan


6.2.2   Perbezaan di antara unjuran ortografik dengan 
            pandangan isometrik.

Di antara perbezaan yang dapat dilihat diantara unjuran 
ortografik dengan pandangan isometrik ialah objek yang 
sebenar. Di dalam unjuran ortografik, objek sebenar 
tidak dapat dilihat dengan jelas, kecuali pelukis yang 
mahir dalam teknikal sahaja yang dapat mengambarkan 
objek sebenar daripada unjuran ortografik. Rajah 6.6 
menunjukkan unjuran ortografik yang hanya 
membayangkan objek sebenar.


Rajah 6.6 Unjuran ortografik dalam membantu melukis objek sebenar


Dalam pandangan isometrik, objek sebenar dapat 
dilihat denganmudah dan pandangan pelan, hadapan 
dan sisi dapat diperhatikan dengan jelas dalam 
membantu memahami objek sebenar itu lagi. Rajah 6.7 
menunjukkan pandangan isometrik yang mengambarkan  
suatu objek sebenar.



Rajah 6.7 Pandangan Isometrik yang mengambarkan objek sebenar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan