6.3.1 Pengenalan
Pandangan isometrik adalah satu cara bagi menghasilkan pandangan objek dengan lebih jelas. Dalam lukisan kejuruteraan, hampir semua lukisan dilukis dalam unjuran ortografik dalam membantu melukis objek sebenar dalam pandangan isometrik. Bagi lukisan pandangan isometrik, satu pandangan memperlihatkan ketiga-tiga bahagian objek itu. Rajah 6. menunjukkan garis paksi isometrik. Paksi-paksi ini adalah asas dalam pembinaan pandangan isometrik. Rajah 6.9 di bawah pula menunjukkan kaedah melukis paksi isometrik.
Rajah 6.8 Paksi – paksi isometrik
Rajah 6.9 Kaedah melukis paksi isometrik
6.3.2 Objek yang dilukis dengan garisan isometrik
Objek dalam rajah 6.10 dilukis dengan cara mengalih semua dimensi pada pandangan ortografik secara terus ke atas garisan isometrik Rajah 6.10 dapat memberi panduan bagaimana cara melukis objek tersebut. Pada unjuran ortografik dalam rajah 6.10 adalah unjuran sudut pertama.
Rajah 6.10 Pandangan ortografik dilukis secara terus ke atas garisan isometrik.
6.3.3 Objek yang dilukis dengan garisan Tak Isometrik.
Ini adalah garisan pada objek yang mengakibatkan sudut bukan terdiri daripada golongan garisan isometrik. Semua sudut tidak boleh dialih secara terus ke atas garisan isometrik kerana ia bukan pandangan sebenar. Sudut tepat pada kubus mestilah digambarkan dengan sudut 60° atau 120° pada unjuran isometrik. Cara yang betul untuk melukis sudut dapat dilihat dalam rajah 6.11. Pada pandangan ortografik dalam rajah 6.11 adalah unjuran sudut pertama.
Rajah 6.11 Objek yang dilukis dengan garisan Tak Isometrik
6.3.4 Objek dengan permukaan berlengkok.
Melukis lengkok pada unjuran isometrik dengan cara meletakkan beberapa titik pada lengkok di pandangan garis finiti. Kemudian setiap ordinat titik itu dialihkan ke pandangan isometrik satu demi satu. Jika terdapat dua garis lengkok yang selari dan sama tebal, cara melukisnya ditunjukkan dalam rajah 6.12 . Pada unjuran ortografik dalam rajah 6.12 adalah unjuran sudut pertama.
Rajah 6.12 Objek dengan permukaan berlengkok.
6.3.5 Bulatan pada unjuran isometrik
Bulatan pada garis finiti akan wujud sebagai sebuah elips dalam pandangan isometrik. Terdapat tiga cara untuk melukis elips seperti yang ditunjukkan dalam rajah-rajah di bawah.
6.3.5.1 Cara 1 (Rajah 6.13)
Ini adalah cara pengalihan ordinat X dan Y dari bulatan pada pandangan garis finiti ke unjuran isometrik. Ordinat pada salah satu kuadrant sahaja yang perlu dialih kerana yang lain itu sama sahaja jaraknya. Titik itu kemudian dicantumkan dengan menggunakan pembaris lengkok.
Rajah 6.13 Cara pengalihan ordinat X dan Y
6.3.5.2 Cara 2 (Rajah 6.14)
Dalam cara ini, sebuah segiempat sama dilukis mengelilingi bulatan serta ditambah satu garisan pepenjuru.Kemudian segiempat ini dilukiskan pada unjuran isometrik. Akhirnya, kelapan-lapan titik elips diperolehi dengan cara menyilangkan garisan penengah dan garisan pepenjuru dengan bulatan X adalah ordinat yang diletakkan pada garisan pepenjuru. Elips ini disempurnakan dengan menggunakan pembaris lengkok.
Rajah 6.14 Kaedah segiempat sama melukis bulatan pada unjuran isometrik.
6.3.5.3 Cara 3 (Rajah 6.15)
Cara ini digunakan ketika melukis suatu elips. Apabila melukis sebuah silinder, titik elips boleh didapati dengan ketiga-tiga cara ini. Kemudian elips pada tapak boleh dibentuk dengan cara pengalihan terus seperti dalam rajah 6.15 .
Rajah 6.15 Melukis elips dengan cara pengalihan terus
6.3.6 Unjuran Isometrik dalam Lukisan Mesin.
Rajah 6.16 menunjukkan kegunaan unjuran isometrik dalam lukisan mesin.
Rajah 6.16 Kegunaan Unjuran Isometrik dalam lukisan Mesin.
6.3.7 Melukis pandangan isometrik berpandukan titik terendah dan arah anak panah pada unjuran ortografik.
6.3.7.1 Melukis pandangan isometrik berpandukan titik terendah pada unjuran ortografik. Rajah adalah unjuran sudut pertama.
Rajah 6.17 Titik terendah unjuran ortografik dilukis ke pandangan isometrik.
6.3.7.2 Melukis pandangan isometrik berpandukan arah anak panah pada unjuran ortografik.
Dalam rajah 6.18 adalah pengertian arah anak panah bagi pandangan isometrik. Perhatikan dan kaji tiap-tiap lukisan tersebut.
Rajah 6.18 Pandangan isometrik berpandukan arah anak panah pada unjuran Ortografik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan