Pages

Subscribe:

Labels

Sabtu, 19 November 2011

1.2 PERALATAN LUKISAN KEJURUTERAAN

1.2.1   Papan Lukisan

Papan lukis biasanya berukuran 60 cm x 80 cm yang diperbuat papan jenis lembut. Kertas lukisan diletakkan diatas papan lukis bagi memudahkan kerja – kerja melukis dilakukan. 
           


Rajah 1.1 Ukuran papan lukis


Kertas lukisan biasanya akan ditampal dengan menggunakan pita atau dengan menggunakan klip. Rajah 1.2 menunjukkan kedudukan kertas lukisan di papan lukis.


Rajah 1.2 Kedudukan kertas lukisan dengan Sesiku T di papan lukis


1.2.2   Kertas lukisan.

Kertas lukisan digunakan untuk membuat sesuatu lukisan yang dilukis menggunakan pensel. Biasanya ukuran piawai ANSI ( American National Standard Institute ) bagi kertaslukisan ialah seperti berikut:

A. 8.5” x 11”               A. 9” x 12”
B. 11” x 17”                B. 12” x 15”
C. 17” x 22”                C. 18” x 24”
D. 22” x 34”                D. 24” x 36”
E. 34” x 44”                E. 36” x 48”


1.2.3 Sesiku T

Sesiku T boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu bahagian kepala dan bahagian bilah. Dalam kerja–kerja lukisan, sesiku T menjadi pemandu untuk membuat garisan lurus mendatar atau garisan menegak dengan perantaraan sesiku sudut. Sepanjang penggunaan sesiku T, ianya digunakan rapat dengan papan sebelah kiri. Selain itu juga, sesiku T boleh digunakan dalam keadan condong ke atas atau ke bawah untuk membuat garisan condong .Rajah 1.3 menunjukkan cara menggerakkan sesiku T.


Rajah 1.3 Cara mengerakkan sesiku T


1.2.4   Jangkalukis

Jangka lukis sangat diperlukan dalam kerja – kerja lukisan kejuruteraan. Terdapat tiga jenis jangka lukis yang biasa digunakan.

i. Jangka lukis panah gergasi ( Giant bow )
ii. Jangka lukis pegas susut ( Drop spring bow )
iii. Jangka lukis tradisi dan bendul ( Electrum and Beam/trammel )


Rajah 1.4 Jenis – jenis jangka lukis


Jangka lukis digunakan untuk membentuk suatu garisan bulatan atau lengkok. Jangka lukis terdiri daripada dua batang yang satu hujungnya boleh bertemu dan boleh dilaraskan. Satu hujung mengandungi jarum halus untuk diletakkan pada pusat sesuatu bulatan,atau lengkok dan hujung yang satu lagi terdapat mata pensel untuk melukis atau membentuk garisan.


Rajah 1.5 Cara menggunakan jangka lukis


1.2.5   Pembahagi

Bentuk pembahagi hampir – hampir sama dengan jangka lukis, bezanya pembahagi mempunyai dua mata jarum. Terdapat dua jenis pembahagi iaitu:

i. Pembahagi jenis pegas
ii. Pembahagi jenis bendul dan tradisi


Rajah 1.6 Jenis – jenis pembahagi

Pembahagi digunakan untuk membahagikan sesuatu jarak kepada beberapa bahagian yang sama atau untuk memindahkan sesuatu jarak sekali atau berulang – ulang. Rajah 1.7 menunjukkan cara – cara menggunakan pembahagi.



Rajah 1.7 Cara menggunakan pembahagi untuk membahagi satu garisan

1.2.6   Jangka sudut

Jangka sudut adalah satu alat yang digunakan untuk mendapatkan titik sesuatu sudut yang dikehendaki atau untuk mengukur sesuatu sudut. Rajah 1.8 adalah contoh jangka sudut yang digunakan dalam lukisan kejuruteraan.


Rajah 1.8 Jangka sudut vernier

Disebabkan penggunaan jangka sudut tidak begitu kerap, sesiku sudut digunakan sebagai pengganti. Ini kerana sesiku sudut boleh memberikan beberapa darjah sudut yang dikehendaki seperti dalam rajah 1.9.

Rajah 1.9 Sesiku sudut

1.2.7   Skala/Pengukur

Skala / pengukur dalam kerja – kerja lukisan kejuruteraan bukanlah dijadikan untuk membuat garisan, tetapi hanya digunakan sebagai pengukur sahaja. Skala yang digunakan mestilah dalam satu unit sahaja bagi mengelakkan kekeliruan atau kesilapan semasa membuat pengukuran. Setelah sesuatu ukuran itu diperolehi, pensel digunakan sebagai penanda kepada ukuran tersebut. Penandaan yang lebih tepat boleh diperoleh dengan menggunakan pembahagi atau mata jangka lukis. Rajah 1.10 menunjukkan jenis – jenis pembaris yang digunakan.


Rajah 1.10 Pembaris/ skala

1.2.8   Lengkung Perancis

Lengkung ini digunakan bagi melukis garis lengkung yang tidak boleh dilukis dengan jangka lukis. Lengkung Perancis boleh didapati dalam beberapa bentuk seperti dalam rajah 1.11.



Rajah 1.11 Bentuk – bentuk lengkung Perancis

Sebelum menggunakan lengkung Perancis, bentuk lengkung yang hendak dilukis itu perlulah dilakarkan dengan menggunakan pensel yang hitam ( HB ), tetapi garisan itu janganlah terlalu nyata. Setelah itu barulah lengkung Perancis digunakan, seperti dalam rajah 1.12. Kita perlu mencari satu bahagian daripada lengkuk itu yang selari dengan garisan lakaran yang telah dilukis.



Rajah 1.12 Cara menggunakan lengkung Perancis

1.2.9   Pensel

Pensel boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pensel kayu dan pensel mekanikal ( isian ), seperti dalam rajah 1.13. Dalam lukisan kejuruteraan, pensel mekanikal lebih sesuai digunakan. Ini kerana pensel mekanikal tidak perlu diasah dan dengan itu kerja – kerja lukisan akan menjadi kemas. Pensel boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu keras, sederhana dan lembut. Setiap bahagian digunakan untuk satu tugasan sahaja seperti yang ditunjukkan dalam jadual kumpulan pensel.



Rajah 1.13 Pensel kayu dan pensel mekanikal


 
1.2.10 Getah Pemadam

Getah pemadam adalah satu alat lukisan yang perlu ada pada setiap pelajar.Ianya digunakan untuk memadam garisan yang dibentuk dengan pensel. Getah pemadam yang berkualiti tinggi diperlukan bagi mengelakkan garisan yang dipadam tidak meninggalkan kesan kepada permukaan kertas lukisan.

1 ulasan:

Unknown berkata...

sy nak tahu lebih lanjut tentang alatan papan lukis...maksud saya senarai barang lukisan kejuruteraan

Catat Ulasan