5.4 DIMENSI PIAWAI PADA UNJURAN TAMBAHAN
Dimensi piawai pada unjuran tambahan berbeza mengikut
Unjuran tambahan pelan
Dalam unjuran tambahan pelan , pandangan-pandangan
tambahan yang yang diunjur dari pandangan pelan yang
diberi, didimensi berdasarkan pada ukuran tinggi objek.
Ukuran tinggi adalah dimensi piawai bagi unjuran
tambahan pelan. (Sila rujuk Rajah 5.7a).
Unjuran tambahan hadapan
Dalam unjuran tambahan hadapan pula, pandangan-
pandangan tambahan yang diunjur dari pandangan
hadapan yang diberi, didimensi berdasarkan pada
ukuran lebar objek. Maknanya, ukuran lebar adalah
dimensi piawai bagi unjuran tambahan hadapan
(Sila rujuk Rajah 5.7b).
Unjuran tambahan sisi
Begitu juga dalam unjuran tambahan sisi, pandangan-
pandagan tambahan yang diunjur dari pandangan sisi
yang diberi, didimensi berdasarkan pada ukuran panjang
objek. Ukuran panjang itulah yang menjadi dimensi piawai
bagi unjuran tambahan sisi. (Sila rujuk Rajah 5.7c)
Rajah 5.7a:Unjuran Tambahan Pelan
Rajah 5.7b:Unjuran Tambahan Hadapan
Rajah 5.7c:Unjuran Tambahan Sisi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan