Pages

Subscribe:

Labels

Isnin, 21 November 2011

5.3 JENIS-JENIS PANDANGAN DALAM UNJURAN TAMBAHAN

5.3.1   Unjuran tambahan pelan

Juga dikenali sebagai pandangan tambahan tinggi. Semua pandangan yang diunjurkan dari pandangan pelan seperti dalam Rajah 5.4a disebut sebagai unjuran tambahan pelan. Rajah 5.4a menunjukkan pandangan tambahan tinggi. Rajah5.4b menunjukkan kedudukan satah-satah tambahan. Unjuran tambahan pelan dibentangkan mendatar dan anak–anak panah A adalah arah pandangan. Rajah 5.4c Gambarajah ojek disusun dalam susunan unjuran ortografik, arah pandagan dilihat dari arah X dan ukuran tinggi adalah prinsip utama dimensi.



Rajah 5.4a:Pandangan tambahan tinggi


Rajah 5.4b:Kedudukan satah-satah Tambahan

Rajah 5.4c:Pandangan dilihat dari arah X


5.3.2   Unjuran tambahan hadapan

Juga dikenali sebagai pandangan tambahan lebar. 
Semua pandangan yang diunjurkan dari pandangan 
hadapan seperti dalam Rajah 5.5a disebut sebagai 
unjuran tambahan hadapan.

Rajah 5.5b menunjukkan pandangan tambahan lebar.

Rajah 5.5c menunjukkan pandangan tambahan berbeza 
diantara satu dengan yang lain tetapi mempunyai 
ukuran yang tetap sama iaitu ukuran lebar. Anak 
panah menunjukkan arah pandangan.

Rajah 5.5c Menunjukkan contoh menempatkan 
unjuran tambahan bagi satu bongkah dengan pelan 
dan pandangan hadapan dalam unjuran sudut pertama.



Rajah 5.5a:Unjuran Tambahan Hadapan


Rajah 5.5b:Pandangan Tambahan Lebar


Rajah 5.5c:Arah Pandangan


5.3.3   Unjuran tambahan sisi

Juga dikenali sebagai pandangan tambahan panjang, 
berdasarkan kepada prinsip utama dimensi iaitu panjang.

Rajah 5.6a menunjukkan kedudukan satah-satah 
tambahan panjang mengelilingi bongkah merujuk kepada 
pandangan hadapan.

Rajah 5.6b menunjukkan pambentangan satah-satah 
secara mendatar, kesemua pandangan mempunyai 
dimensi yang sama iaitu ukuran panjang.

Rajah 5.6c unjuran tambahan sisi dengan diberi dua 
pandangan dalam unjuran ortografik iaitu pandangan 
hadapan dan pandangan sisi. Pandangan tambahan 
dilihat dari arah X.


Rajah 5.6a:Kedudukan Satah Tambahan Panjang


Rajah 5.6b:Pembentangan Satah-satah



Rajah 5.6c:Unjuran Tambahan Sisi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan