4.0 PENGENALAN
Lukisan Unjuran ortografik bolehlah dianggapkan sebagai lukisan dua dimensi kerana objek yang dilukis dengan kaedah ini akan memberikan dua dimensi ukuran iaitu lebar dan tinggi, atau panjang dan tinggi sesuatu objek. Perkataan unjuran seringkali digunakan dalam lukisan pandangan ortografik bagi menggambarkan kaedah bagaimana lukisan itu dibina.Sesuatu arah pandangan objek yang dilihat akan diunjurkan ke suatu permukaan atau rataan yang bersudut tepat dengan objek itu. Dari rataan ini bentuk pandangan itu diperolehi. Ini bererti bentuk lengkung dan sudut mungkin berupa garisan lurus dari sesuatu arah pandangan.
Terdapat dua prinsip unjuran yang digunakan dalam unjuran ortografik iaitu :-
i. Prinsip unjuran berpusat seperti dalam rajah 4.1.
ii. Prinsip unjuran selari seperti dalam rajah 4.2.
Rajah 4.1 Prinsip unjuran berpusat
Rajah 4.2 Prinsip unjuran selari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan