Pages

Subscribe:

Labels

Ahad, 20 November 2011

3.3 PEMBINAAN LENGKOK PADA DUA GARISAN YANG BERSUDUT

Anda telahpun melukis lengkok bertangen kepada bulatan. 
Seterusnya anda akan melukis lengkok pada dua garisan yang 
bersudut. Terdapat tiga keadaan lengkok bertangen pada dua 
garisan iaitu lengkok bertangen kepada dua garisan 
menumpu dalam sudut tirus, lengkok bertangen kepada dua 
garisan menumpu dalam sudut cakah dan lengkok bertangen  
kepada dua garisan yang bersudut tepat.


3.3.1 Membina Satu Lengkok Bertangen Kepada Dua Garisan 
          Menumpu Dalam Satu Sudut Tirus.

         Langkah- langkahnya:

        1. Lukiskan garisan menumpu AB, BC dalam buka sudut tirus 
            dan diberi jejari J. 
        2. Lukiskan satu garisan selari DE dengan garisan BC yang 
             jaraknya jejari J.  
        3. Lukiskan satu garisan selari FG dengan garisan AB yang 
             jaraknya jejari J supaya memotong pada titik O.
        4. Berpusatkan titik O lukis satu lengkok yang jejarinya J 
             supaya menyentuh dua garisan menumpu yang diberi 
             seperti dalam rajah 3.16.

Rajah 3.16 Membina satu lengkok bertangen kepada dua 
                     garisan menumpu dalam satu sudut tirus


3.3.2 Membina Satu Lengkok Bertangen Kepada Dua 
          Garisan Menumpu Dalam Satu Sudut Cakah.

         Langkah – langkahnya:

          1. Lukiskan garisan menumpu AB, BC dalam buka sudut 
               cakah dan diberi jejari J.
          2. Lukiskan satu garisan selari DE dengan garisan BC 
              yang jaraknya jejari J.     
          3. Lukiskan satu garisan selari FG dengan garisan AB yang 
               jaraknya jejari J supaya memotong pada titik O.
          4. Berpusatkan titik O lukis satu lengkok yang jejarinya J supaya 
              menyentuh dua garisan menumpu yang diberi seperti dalam  
              rajah 3.17.

Rajah 3.17 Membina satu lengkok bertangen kepada 
                    dua garisan menumpu dalam satu sudut cakah


3.3.3   Membina Satu Lengkok Bertangen Kepada Dua Garisan 
            Yang Bersudut Tepat.

Langkah – langkahnya:

1. Lukiskan garisan bersudut tepat AB, BC.
2. Berpusatkan dititik B bina satu lengkok dengan jejarinya J  
    supaya memotong pada titik D dan E.
3. Berpusatkan titik D, lukis satu lengkok jejarinya J.
    Berpusatkan dititik E juga lukiskan lengkok jejarinya J  
    supaya memotong pada titik O.
4. Berpusatkan dititik O lukiskan lengkok berjejari J supaya  
    menyentuh dua garisan bersudut tepat seperti dalam rajah  
    3.18.

Rajah 3.18  Membina satu lengkok bertangen kepada dua 
                     garisan yang berdudut tepat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan