Unjuran Ortografik berdasarkan kepada tiga konsep utama iaitu :
i. Si pemandang (arah pandangan)
Berdasarkan kepada konsep arah pandangan, setiap
pandangan ortografik dapat dihasilkan dengan mengunjurkan
garisan – garisan unjuran yang bersudut tepat kepada satah
unjuran dari objek berkenaan. Pandangan yang dihasilkan pada
satah unjuran hadapan dinamakan pandangan hadapan, seperti
Rajah 4.3 Pandangan hadapan
Mengikut konsep unjuran, tiap – tiap pandangan memerlukan
satu satah unjuran. Oleh itu jika satu satah unjuran yang
mengufuk diletakkan di atas objek, satu lagi pandangan boleh
diunjurkan pada satah tersebut. Pandangan ini dinamakan
pandangan atas, seperti dalam rajah 4.4.
Rajah 4.4 Pandangan hadapan dan pandangan atas
Satu lagi arah pandangan diperlukan bagi melengkapkan
gambaran sepenuhnya sesuatu objek. Iaitu pandangan sisi kanan,
seperti dalam rajah 4.5.
Rajah 4.5 Pandangan atas, hadapan dan sisi
Sebenarnya jika sesuatu objek dibayangkan terletak di dalam
satu kotak kaca, permukaan kotak itu boleh dianggap
sebagai satah unjuran.Sebanyak enam pandangan yang dapat
ditunjukkan pada permukaan kaca itu, Keenam – enam
pandangan ini dinamakan pandangan ortografik utama, seperti
dalam rajah 4.6.
Rajah 4.6 Pandangan utama ortografik
ii. Satah Unjuran.
Konsep Ortografik ternyatalah menggunakan satah unjuran
dan pandangan objek yang diunjurkan pada satah tersebut.
Satah unjuran utama terdiri daripada dua jenis, iaitu satah
tegak dan satah mengufuk. Persilangan antara satah
unjuran ini menghasilkan empat sukuan, seperti dalam rajah
4.7.
Rajah 4.7 Satah unjuran dan sudut unjuran ortografik
i. Objek ( benda yang dilukis )
Objek adalah benda yang akan dilukis dalam unjuran pertama
atau unjuran ketiga. Objek yang dilukis biasanya mempunyai
beberapa bentuk yang akan menguji pelukis dalam mendapatkan
setiap pandangan, seperti rajah 4.8.
Rajah 4.8 Contoh objek
Tiada ulasan:
Catat Ulasan