Pages

Subscribe:

Labels

Ahad, 20 November 2011

4.2 JENIS-JENIS PANDANGAN UNJURAN ORTOGRAFIK.

4.2.1   Pelan

Pandangan pelan atau pandangan atas menunjukkan 
bahagian atas sesuatu objek tetapi ini tidak bermakna 
pandangan dari arah bawah tidak terpilih. Pandangan 
pelan yang dipilih masih mengutamakan arah 
pandangan yang dapat menunjukkan bentuk – bentuk objek 
dengan garisan nyata lebih banyak daripada garisan 
tersembunyi, tetapi kelazimannya arah pandangan yang 
 dipilih ialah dari sebelah atas. Pandangan dari arah ini 
dapat menunjukkan ukuran panjang dan lebar objek, seperti 
rajah 4.9.



Rajah 4.9 Pandangan arah pelan

4.2.2   Hadapan

Arah pandangan hadapan sesuatu objek dipilih berdasarkan 
arah yang dapat menunjukkan ukuran panjang dan tinggi 
keseluruhaan sesuatu objek sesuai dengan kedudukan objek 
itu, seperti dalam rajah 4.10. Pemilihan arah ini juga mengambilkira 
arah yang boleh menampakkan bahagian – bahagian objek 
secara terus bukan secara tersembunyi, atau dalam istilah 
lukisan bahagian – bahagian ini paling banyak diwakili oleh 
garisan nyata dan bukannya garisan tersembunyi.



Rajah 4.10 Pandangan arah hadapan


4.2.3   Sisi

Arah pandangan sisi yang dipilih biasanya mewakili 
dimensi lebar dan tinggi objek itu. Pemilihan arah pandangan 
sisi ini bergantung pada arah mana yang dapat 
menunjukkan bahagian – bahagian objek yang lebih banyak 
dengan garisan nyata berbanding dengan garisan tersembunyi, 
seperti dalam rajah 4.11.



Rajah 4.11 Pandangan arah sisi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan