Pages

Subscribe:

Labels

Ahad, 20 November 2011

3.2 PEMBINAAN LENGKUK BERTANGEN PADA DUA BULATAN

Anda telah pun membina garisan tangen kepada bulatan. Pembelajaran kita seterusnya akan menyentuh pula satu lagi tangen iaitu lengkuk bertangen kepada bulatan. Lengkok adalah sebahagian daripada bulatan. Lengkok biasanya digunakan bagi melukis komponen kejuruteraan dimana kebanyakaan binaannya terdiri daripada garisan lurus dan lengkok. Lengkok-lengkok yang terdapat dalam komponen ini mungkin digunakan bagi mencantikkan bentuknya, ciri-ciri keselamatan, rekabentuk yang diperlukan bagi penggunaan semasa dan sebagainya. Lengkok bertangen boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu, lengkok bertangen didalam bulatan dan lengkok bertangen diluar bulatan.


3.2.1   Lengkok Bertangen Pada Satu Bulatan.

a) Membina lengkok jejarinya r unit, yang bertangen didalam 
     satu bulatan, jejarinya R unit, pada titik P di lilitan bulatan.

    Langkah-langkahnya:

    1. Lukiskan bulatan yang diberi, pusatnya O.
    2. Tandakan titik P di garisan bulatan dan kemudian sambungkan
        OP.
    3. Dengan menggunakan O sebagai pusat dan jejari ( R - r ),
        lukiskan lengkok supaya menyilang di OP pada Q.
    4. Dengan menggunakan Q sebagai pusat dan jejari r unit, lukiskan
        lengkok yang dikehendaki seperti dalam rajah 3.12.


Rajah 3.12 Membina lengkok jejarinya r unit, yang bertangen didalam  
                     satu bulatan, jejarinya R unit, pada titik P di lilitan bulatan


b) Membina lengkok jejarinya r unit, yang menyentuh sebelah 
     luar bulatan, jejarinya R unit, pada titik P di lilitan bulatan.

    Langkah-langkahnya:

    1. Lukiskan bulatan yang diberi, pusatnya O.
    2. Tandakan titik P. Sambungkan OP dan panjangkan ke A.
    3. Dengan menggunakan O sebagai pusat dan ( R + r ) sebagai
        jejari, lukiskan lengkuk supaya menyilang OA pada S.
    4. Dengan menggunakan S sebagai pusat dan jejari r unit, lukiskan
        bulatan yang dikehendaki.


Rajah 3.13 Membina lengkok jejarinya r unit, yang menyentuh  
                     sebelah luar bulatan, jejarinya R unit, pada titik P di 
                     lilitan bulatan


3.2.2   Lengkok Bertangen Pada Dua Bulatan

a) Membina lengkok diberi jejari bertangen dalam kepada dua
     bulatan yang diberi.

    Langkah-langkahnya:

   1. Lukiskan dua bulatan yang berjejari R dan r berpusat di A dan B .
   2. Diberi jejari lengkuk J.
   3. Berpusatkan dititik A, lukis lengkok jejarinya bersamaan dengan
       jejari bulatan ditolak dengan jejari J.
   4. Berpusatkan di titik B, lukis lengkok jejarinya bersamaan dengan
       jejari bulatan ditolak dengan jejari J supaya memotong pada titik
       O.
   5. Berpusatkan dititik O, lukiskan lengkok jejarinya J supaya
       menyentuh dua bulatan diberi seperti dalam rajah 3.14.


Rajah 3.14 Membina lengkok diberi jejari bertangen dalam kepada 
                     dua bulatan yang diberi


b) Membina lengkok diberi jejari bertangen luar kepada dua  
    bulatan yang diberi.

    Langkah – langkahnya:

    1. Lukiskan dua bulatan yang berjejari R dan r berpusat di A dan B.
    2. Diberi jejari lengkok J.
    3. Berpusatkan dititik A lukis lengkok jejarinya bersamaan dengan  
        jejari bulatan ditambah dengan jejari J.
    4. Berpusatkan dititik B lukis lengkok jejarinya bersamaan dengan
        jejari bulatan ditambah dengan jejari J supaya memotong pada
        titik O.
    5. Berpusatkan dititik O, lukiskan lengkok jejarinya J supaya
        menyentuh dua bulatan diberi seperti dalam rajah 3.15.


Rajah 3.15 Membina lengkok diberi jejari bertangen luar kepada dua
                     bulatan yang diberi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan