Setiap objek lazimnya dilihat dalam tiga dimensi yang menunjukkan permukaan utama merujuk kepada ukuran tinggi, lebar dan panjang yang mana jika pandangan – pandangan tersebut dirakamkam secara lukisan lakar atau lukisan sebenar adalah dikenali sebagai unjuran bergambar. Rupa bentuk pandangan – pandangan objek dalam tiga dimensi itu tidak dapat menggambarkan rupa bentuk sebenar bagi setiap permukaannya. Ia hanya memberikan gambaran rupa bentuk permukaan – permukaan utama sesuatu objek secara menyeluruh dan serentak. Ukuran – ukurannya pula tidaklah yang sebenar.
Bentuk permukaan yang dilihat atau dibayangkan dalam tiga dimensi boleh dirakam secara lukisan teknik di atas sekeping kertas yang mempunyai dua dimensi sahaja iaitu ukuran panjang dan lebar kertas. Untuk melukis rupa bentuk objek daripada tiga dimensi kepada dua dimensi kertas lukisan memerlukan satu kaedah khas yang khusus. Kaedah yang digunakan ialah melalui lukisan unjuran ortografik.
Dalam kaedah ini, pandangan – pandangan dilukis secara berasingan dan berbeza – beza diantara satu sama lain yang mana setiap satunya menunjukkan rupa bentuk permukaan yang sebenar. Pandangan – pandangan dalam unjuran ortografik disusun atur supaya kedudukannya saling berhubung kait antara satu dengan yang lain. Setiap pandangan digambarkan secara terperinci mengikut butir -–butirannya dan dilukis dengan tepat serta lengkap supaya mudah dibaca dan difahami rupa bentuk objeknya. Untuk kegunaan dalam pembacaan lukisan adalah perlu disertakan ukuran – ukuran secara terperinci dan jelas bagi membolehkan kerja – kerja pembikinan merujuk kepada ukuran yang diberi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan