Pages

Subscribe:

Labels

Ahad, 20 November 2011

4.4 Dimensi piawai pada unjuran ortografik.

4.4.1   Dimensi

Dimensi yang dilukiskan mestilah mematuhi peraturan – 
peraturan dimensi. Seberapa boleh dimensi yang telah 
diberi pada sesuatu objek hendaklah dikekalkan. 
Tujuannya ialah untuk memudahkan kerja penyemakan 
lukisan disamping dapat mengelakkan daripada salah 
ukuran atau membuat pengukuran yang berulang – 
ulang. Perlu diingat tulisan – tulisan yang digunakan tidak 
sampai mengganggu garisan – garisan objek atau 
garisan – garisan yang berkaitan dengan objek itu. Rajah 
4.16, 4.17, 4.18 dan 4.19 menunjukkan beberapa contoh 
kesalahan mendimensi yang biasa dilakukan dan 
ditunjukkan juga bagaimana kesalahan – kesalahan itu 
dibetulkan.


Rajah 4.16 Pendimensian


Rajah 4.17 Pendimensian



Rajah 4.18 Pendimensian


Rajah 4.19 Pendimensian


4.4.2   Garisan tersembunyi.

Dalam lukisan unjuran ortografik, seberapa boleh semua 
bahagian sesuatu objek, mesin dan peralatan itu hendaklah 
ditunjukkan dengan menggunakan garisan nyata.Perkara ini
tidak terkecuali pada bahagian – bahagian yang tesembunyi. 
Bahagian yang tersembunyi ini akan ditunjukkan juga dengan 
menggunakan garis putus – putus kecil.Berikut ini ditunjukkan 
secara bergambar setiap peraturan yang perlu dipatuhi 
semasa melukis garisan tersembunyi.

                                      i.        Garisan tersembunyi yang berterusan dimulakan dengan  
                         sentuhan pada garisan nyata dan berakhir dengan sentuhan  
                         pada garisan nyata, seperti rajah 4.20.


Rajah 4.20 Garisan tersembunyi yang berterusan


                                    ii.        Garisan tersembunyi yang memotong sebahagian objek  
                         hendaklah dimulakan bersentuh dengan garisan nyata dan 
                         berakhir dengan membuat ruang ( tidak bersentuh ) dengan  
                         garisan nyata, seperti rajah 4.21.


Rajah 4.21 Garisan tersembunyi yang memotong sebahagian


                                   iii.        Jika dua atau lebih garisan tersembunyi bertemu pada satu 
                          tempat yang sama, garisan – garisan tersembunyi itu mestilah 
                          bersentuh di antara satu dengan lain dan berakhir dengan sentuhan 
                          pada garisan nyata, seperti rajah 4.22.


Rajah 4.22 Dua atau lebih garisan tersembunyi



                                   iv.        Garisan tersembunyi yang membentuk lengkok pada sudut 
                         tegak mestilah bersentuh pada permukaan dan pada pengakhirnya 
                         dengan garisan nyata, seperti rajah 4.23.


Rajah 4.23 Garisan tersembunyi yang membentuk lengkok


                                    v.        Garisan tersembunyi yang bertemu dengan garisan nyata  
                         pada pertengahan garisannya mestilah diberi ruang agar tidak 
                         bercantum dengan garisan nyata itu, seperti dalam rajah 4.24.


Rajah 4.24 Garisan tersembunyi bertemu dengan garisan nyata


                                   vi.        Apabila garisan tersembunyi dan garisan nyata berada di 
                         tempat yang sama, maka garisan tersembunyi tidak perlu  
                         ditunjukkan, memadai dengan garisan nyata sahaja, seperti  
                         dalam rajah 4.25.


Rajah 4.25 Garisan tersembunyi dan garisan nyata tempat yang sama


                                  vii.        Apabila garisan tengah dan garisan tersembunyi berada di  
                          tempat yang sama, lukiskan garisan tersembunyi sahaja dan 
                          tidak perlu melukiskan garisan tengah, seperti dalam rajah 4.26.


Rajah 4.26 Garisan tersembunyi dan garisan tengah tempat yang sama


                                viii.        Jika garisan nyata dan garisan tersembunyi bersilang,  
                          berikanlah ruang untuk garisan tersembunyi agar tidak bersentuh 
                          dengan garisan nyata itu, seperti dalam rajah 4.27.



Rajah 4.27 Garisan tersembunyi dan garisan nyata bersilang



                                   ix.        Jika dua garisan tersembunyi bersilang. Tinggalkan ruang  
                         pada garisan tersembunyi yang terpanjang di antara dua garisan 
                          yang tersembunyi itu, seperti dalam rajah 4.28.


Rajah 4.28 Dua garisan tersembunyi bersilang


4.4.3   Garisan tengah.

Garisan tengah digunakan untuk menunjukkan tempat pandangan 
dan dimensi. Terdapat dua jenis garisan tengah iaitu garisan 
 tengah premier dan garisan tengah sekunder. Garisan tengan 
 premier menjadi penentu utama untuk memulakan lukisan 
sesuatu pandangan itu.Garisan tengah premier biasanya 
ditandakan dengan huruf “P” sementara garisan tengah sekunder 
ditandakan dengan huruf “S“ . Perlu diingatkan setiap garisan 
tengah perlu ditandakan dengan “ ” yang bererti garisan tengah.
( c = tengah dan L = garisan ), seperti dalam rajah 4.29.


Rajah 4.29 Penandaan garisan tengah

4.4.4   Kaedah unjuran ketiga.

Pandangan ketiga yang dimaksudkan di sini ialah 
pandangan sisi. Biasanya pandangan ini dilukis paling 
akhir kerana ukurannya boleh diperolehi daripada unjuran 
pandangan hadapan dan pandangan pelan. Terdapat 
berbagai – bagai kaedah bagaimana ukuran untuk pandangan 
sisi ini diperolehi, antaranya:

i.              Menggunakan garisan bersudut 45°, seperti rajah 4.30.


Rajah 4.30 Garisan bersudut 45°


ii. Menggunakan sesiku sudut 45°, seperti rajah 4.31.



Rajah 4.31 Menggunakan sesiku sudut 45°



iii. Menggunakan pembahagi atau jangka lukis, seperti rajah 4.32.



Rajah 4.32 Menggunakan pembahagi atau jangka lukis





Rajah 4.33 Menggunakan kayu ukur

 
Antara kaedah yang dinyatakan diatas, kaedah kayu ukur merupakan 
cara yang paling tepat tetapi lambat. Kaedah – kaedah lain memerlukan kemahiran menggunakan alat lukisan sebelum hasil yang baik diperolehi. Ini disebabkan cara pemindahan ukuran ini dilakukan dengan bantuan alat lukisan bukan cara pengukuran terus.

4.4.4   Bagaimana memulakan lukisan.

Memang tidak ada satu ketetapan peraturan yang khusus  
bagaimana memulakan sesuatu lukisan. Yang pasti lukisan 
yang dilukis hendaklah bersih, tepat dan cepat. Berikut 
merupakan kaedah melukis unjuran ortografik secara 
bersistem.


Langkah 1

Arah pandangan hadapan, sisi dan pelan ditentukan 
terlebih dahulu. Jika ada arahan yang diberikan, arahan 
tersebut mestilah dipatuhi. Jika tidak ada arahan yang diberi, 
arah pandangan hadapan perlulah diambil dari arah yang 
mempunyai ukuran yang paling panjang, berada dalam 
kedudukan mendatar dan dapat menunjukkan bahagian – 
bahagian hadapan objek dengan garisan nyata yang banyak.  
Pandangan sisi pula diambil dari arah pandangan yang 
dapat menunjukkan bahagian – bahagian sisi dengan 
menggunakan garisan – garisan tersembunyi yang paling 
sedikit. Pandangan atas tidak perlu ditetapkan lagi kerana 
telah jelas berada pada arah atas objek itu. Ini dapat 
diperhatikan dalam rajah 4.34.




Rajah 4.34 Menentukan arah-arah pandangan


Langkah 2

Tentukan unjuran sudut pandangan yang hendak dilukis 
dan kemudian tentukan bilangan pandangan yang hendak 
dilukis , biasanya tiga arah pandangan sahaja seperti 
dalam rajah 4.35.


Rajah 4.35 Menentukan bilangan pandangan


Langkah 3

Tentukan kedudukan yang hendak dilukis, jika memerlukan 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan