2.1.1 Membina garisan selari.
Langkah – langkahnya:
i. Satu garis AB dilukis.
ii. Dari sebarang dua titik pada garisan AB, dua lengkok dengan
jejari yang sama dilukis.
jejari yang sama dilukis.
iii. Selepas itu satu garis CD yang bersentuhan dengan kedua-dua
lengkok dilukis.
iv. Akhirnya AB dan CD adalah dua garisan selari seperti dalam rajah
Rajah 2.1 Membina Garis Selari
2.1.2 Membina garisan tegak.
Langkah – langkahnya:
i. Satu garis AB dilukis.
ii. Dari mana-mana titik ( C ), satu lengkok dibina yang memotong
garisan AB di D dan E.
iii. Dari D, sebarang lengkok dibinadi atas dan di bawah AB.
iv. Dari E juga, sebarang lengkuk dibina yang sama memotong
lengkok dari D.
v. Akhirnya bina satu garisan dari titik C merentasi kedua-titik
persilangan lengkuk seperti dalam rajah 2.2.
Rajah 2.2 Membina Garis Tegak
2.1.3 Membahagi dua garisan.
Langkah – langkahnya:
i. Satu garis AB dilukis.
ii. Dari hujung A, sebarang lengkok dibina di atas dan di bawah
garis AB.
garis AB.
iii. Dari hujung B juga satu lengkok dibina yang memotong lengkok A.
iv. Akhirnya garis yang memotong AB dari titik persilangan kedua-
dua lengkok dibina seperti dalam rajah 2.3.
dua lengkok dibina seperti dalam rajah 2.3.
Rajah 2.3 Membahagi Dua Garisan
2.1.4 Membahagi dua sudut.
Langkah – langkahnya:
i. Satu sudut ABC dilukis.
ii. Dari B, satu lengkok dibina yang memotong AB dan BC di D dan E.
iii. Dari D, dengan jejari yang sama, satu lengkok dibina dan dari E
juga, satu lengkok dibina yang akan memotong lengkuk dari D.
iv. Akhirnya satu garis dari titik B dibina kepada titik persilangan
lengkok di F seperti dalam rajah 2.4.
Rajah 2.4 Membahagi Dua Sudut
2.1.5 Membahagi dua sudut yang terbentuk.
Langkah – langkahnya:
i. Satu garis AB dan CD adalah dua garis yang membentuk satu sudut.
ii. Langkah seterusnya, dua garis selari dibina di antara AB dan CD
dimana garis FE selari dengan AB dan FG selari dengan CD.
iii. Selepas itu, sudut EFG dibahagikan kepada dua.
iv. Akhirnya FH adalah garis yang membahagi dua sudut tersebut
seperti dalam rajah 2.5.
Rajah 2.5 Membahagi Dua Sudut Terbentuk
2.1.6 Membina sudut 60°
.
Langkah – langkahnya:
i. Satu garisAB dilukis.
ii. Dari titik C, satu lengkok dibina yang memotong AB di D.
iii. Dari titik D, dengan jejari yang sama, satu lengkok dibina yang
memotong lengkok dari C di E.
iv. Selepas itu, titik C dan E disambung.
v. Sudut ECB adalah sudut 60° seperti dalam rajah 2.6.
Rajah 2.6 Membina Sudut 60°
2.1.7 Membina sudut 30°
.
Langkah – langkahnya:
i. Satu garis AB dilukis.
1 ulasan:
TOLONG SEND JAWAPAN LUKISAN BULATAN LUAR SEGI TIGA TERIMA KASIH
Catat Ulasan