Pages

Subscribe:

Labels

Ahad, 20 November 2011

UNIT 3 : KETANGENAN

3.0       PENGENALAN

Apabila satu garisan lurus bersentuhan dengan lengkok atau bulatan, garisan itu dikenal sebagai garisan tangen. Rajah 3.1(a) menunjukkan satu garisan lurus menyentuh bulatan. Titik dimana garis tangen menyentuh lilitan bulatan dinamakan titik sentuhan. Garisan yang menyambungkan pusat bulatan dengan titik sentuhan dinamakan garisan normal. Garisan normal berserenjang kepada garisan tangen. Ketangenan boleh juga berlaku di antara dua lengkok atau dua bulatan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 3.1(b) dan 3.1(c) atau antara lengkok dua bulatan. Titik sentuhannya iaitu P dinamakan titik tangen. Rajah 3.1(b) menunjukkan dua bulatan yang menyentuh di sebelah luar, titk sentuhannya terletak pada garisan yang menyambungkan pusat bagi bulatan itu. Jarak di antara pusat bulatan ialah (R + r). Rajah 3.1(c) menunjukkan dua bulatan yang menyentuh di sebelah dalam. Titik sentuhannya terletak pada garisan yang menyambungkan pusat bulatan dan garisan itu dipanjangkan. Jarak di antara pusat bulatan itu ialah (R – r).


Rajah 3.1 (a) Satu garisan lurus menyentuh bulatan

            Rajah 3.1(b) Dua bulatan yang                              Rajah 3.1 (c) Dua bulatan yang
                                  menyentuh di sebelah luar                                      menyentuh di sebelah dalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan