Pages

Subscribe:

Labels

Ahad, 6 November 2011

PENGENALAN LUKISAN KEJURUTERAAN

Secara teknikalnya lukisan kejuruteraan boleh dipecahkan kepada dua iaitu:
  1. Lukisan Mesin; Iaitu lukisan pemasangan yang dikhususkan kepada proses mencantum dan membuka komponen untuk memenuhi tujuan pembuatan, selenggaraan atau persembahan.
  1. Lukisan kerja; Iaitu lukisan yang menerangkan dengan terperinci bagaimana sesuatu komponen itu harus dihasilkan dan apakah yang patut dicapai oleh sesuatu pengeluaranitu. Lukisan ini juga menunjukkan sifat akhir sesuatu komponen. Lukisan ini termasuklah Lukisan Terperinci, Lukisan Butir, Lukisan Bahagian-bahagian dan Lukisan Pembuatan.
Orang-orang yang mempraktikkan seni ini dikenali sebagai pelukis plan. Sebelum komputer berkembang pesat kebanyakan lukisan kejuruteraan dilukis secara insani (Manual). Dewasa ini tugas melukis dipermudahkan dengan kewujudan sistem Reka bentuk Terbantu Komputer. Namun sama ada sesuatu lukisan itu dilukis secara insani atau dengan bantuan komputer, lukisan berkenaan hendaklah mempunyai ciri Kebolehhasilan semula yang baik, serta mematuhi spesifikasi lukisan dan piawaian lukisan kejuruteraan tertentu yang telah ditetapkan.

Objektif
Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:
  • Mengenalpasti peralatan lukisan kejuruteraan dan mengetahui cara menggunakannya.
  • Membina jenis – jenis garisan dalam lukisan kejuruteraan dengan ciri – ciri yang piawai.
  • Membina lukisan kejuruteraan dengan berpandukan piawaian am yang betul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan